4 Selebriti Hadiahkan Kereta Mewah Buat Ibu Dan Ayah Tercinta! Tapi Artis No 4 Itu Sampai 2 Kali Bagi Kereta Mewah

Wah nampaknya sejak akhir-akhir ini ramai selebriti yang mengambil peluang menghadiahkan insan tersayang terutamanya ibu bapa dengan sebuah kereta.

MH akui sungguh terharu dan tumpang gembira melihat keikhlasan para selebriti ini memberi ganjaran buat ibu bapa mereka apabila mempunyai kesempatan seperti ini.

Terbaru MH ada melihat Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ada menghadiahkan kereta pada ayah Hairul.
Nah, ini dia antara selebriti yang telah menghadiahkan kereta khas buat ibu dan ayah tercinta!

1. Fattah Amin

Kereta Peugeot 408 e-THP Bernilai Rm150k

2. Shuib & Siti Sarah

3. Janna Nick

Janna Nick, 23, membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya kereta mewah Mercedes-Benz CLA 200 yang dianggarkan bernilai lebih RM230,000.

Hadiah itu diberikan sempena ulang tahun kelahiran ibunya, Shasha yang ke-44 tahun, semalam.

Kata Janna, ibunya tidak pernah meminta sebarang hadiah mewah malah selalu berpesan supaya jangan membazir.

“Saya pun tak pakai kereta mewah. Namun sebagai anak, tak salah untuk berbelanja kepada orang yang kita sayang terutama ibu yang melahir dan membesarkan saya selama ini.

“Saya percaya kalau kita mendahulukan ibu dan keluarga dalam segala hal, Allah pasti memberi rezeki yang banyak. Lagi pula tidak perlu nak kedekut dengan ibu bapa dan adik beradik sendiri.

“Rezeki yang saya ada sekarang pun berkat daripada doa dan restu mereka. Jadi, tak salah untuk saya berkongsi,” katanya kepada Harian Metro.

Janna memilih kereta sebagai hadih sempena hari jadi kerana ingin ibunya lebih yakin.

“Mak saya seorang yang kurang berkeyakinan. Jadi saya harap dengan hadiah ini dia lebih berani.

“Jauh di sudut hati seorang ibu, saya pasti dia gembira dengan apa yang diterima. Saya bukannya ingin menunjuk-nunjuk atau riak, sebaliknya berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang.

“Saya berharap ia juga boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk lebih menghargai dan membalas jasa orang tua dalam apa cara sekali pun,” katanya.

4. Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Selain kerete diatas hairul juga pernah hadiahkan kereta dibawah
“Terima kasih mak abah”
Screen Shot 2015-06-04 at 11.45.56 PM

Sweet kan Hairul bagi hadiah kat mak dia? Bagi Hairul hadiah yang diberi ni pun takkan terbanding pengorbanan ibu menjaga Hairul dari kecil ke besar.

Hadiah terakhir sebelum saya kahwin kepada mak tercinta, terima kasih mak abah jaga Fendi dgn baik selama 27tahun ini tak terbalas jasa & pengorbanan mak abah #SayaHanyaPerlukanDoaMakAbah @habsahdesa

Jom kita tengok video penuh Janna nick hadiahkan kereta mewah untuk ibunya sempena hari jadi di bawah

Apa reaksi anda?

Sumber : MH